Berita sekilas
Agong, Permaisuri Berangkat Ke Sesi Bersalaman Bersama Warga Istana Negara
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Berita Semasa
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Aminah berkenan berangkat ke sesi bersalaman bersama warga Istana Negara di Istana Negara di sini, hari ini.
Kira-kira 574 petugas Istana Negara dari tujuh bahagian termasuk bahagian keselamatan menghadap dan bersalaman bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda berdua yang diadakan di Ruang Legar Istana Negara.
Majlis tersebut diadakan sempena tamat pemerintahan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin ini.

Ulasan