Pantun kias atau ibarat
Angkut angkut membuat sarang,
Jatuh berderai di atas peti,
Apa ditakut harimau yang garang,
sebelum ajal berpantang mati.
Tinggi tinggi rumah chek long,
Dibawah nya dijual air pokok,
Aku tak takut ular tedung,
Kerna aku ular sendok.
Burung jelatik burung jeladan,
Terbang mari kehujung benua,
Sama cantik sama padan,
Bagai pinang terbelah dua.
Sayur kucai sayur tumis,
Gatal sungguh getah jelatang,
Dua dua sama manis,
Bagaikan bulan dipagar bintang.
Tinggi sungguh gunung daik,
Mercunya nampak terang berkilau,
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh kelaut menjadi pulau.
Berburu kepadang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Kalau mandi pergi ke tebat,
Tunggu malam bulan mengambang,
Kalau berjanji tak pernah tepat,
Macam biawak lidah bercabang.
Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki,
Bila dapat memandang bulan,
Jangan lupa rumput di bumi.
Satu tangan jarinya lima,
Dua tangan jarinya sepuluh,
Saya tanam pokok delima,
Kenapa peria pula yang tumbuh.
Pendekar handal di tengah gelanggang,
Pendekar bergelar raja saksama,
Bagaikan pipit dengan enggang,
Manakan boley terbang bersama.
Anyam sarung ketupat pulut,
Ketupat hendak direbus juga,
Tidak sudah nya seluang melaut,
Akhirnya kembali ke pantai juga.
Bukan saya condong ke dulang,
Saya tak mahu condong ke desa,
Biar saya berputih tulang,
Saya tak mahu berputih mata.
Bunga telepuk kembang separak,
Kembang bersusun setiap batang,
Awan bertepuk mega bersorak,
Bulan terbit dipagari bintang.
Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti.
Tampi melukut dihujung tambak,
Orang kota memasang rantai,
Kalau takut di lambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
Angin turun bersama ribut,
Melanda segala apa jua,
Kasih ibarat embun di rumput,
Datang panas keringlah ia.
Encik embong anak melaka,
Tanam peria di tepilah pantai,
Usah sombong tuan berkata,
Mana buaya menolak bangkai.
Aan antasar pergi ke bendang,
Tangkap keli masuk ke bakul,
Sungguh berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.
Ulasan