Pantun perpisahan

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu rinduan.

Orang aceh sedang sembahyang,
Hari jumaat tengah hari,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai pandailah menjaga diri.

Mana manggung mana periaman,
Mana batu kiliran taji,
Tinggal kampung tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.

Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur berjumpa lagi.

Aan Antasar pergi ke rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi.

Ulasan

Catatan Popular